Latest Posts

KARA’s Jiyoung
Artis Ini Bangga Dengan Kecantikannya

Pada bulan disember 11, Jiyoung telah menulis di twitternya "Saya berpura-pura untuk menjadi cantik, psch" dan memuat turun gambar di atas dengan memakai white dress yang kena dengan aksesorinya. Dia seperti suka bergaya dengan cara begitu dan dia mempunyai rambut yang sangat cantik. Dia juga senyum dengan lebar di depan kamera dan menunjuk-nunjuk matanya yang besar dan tajam.

Komen peminat, "Dia sangat cantik","Dia seakan-akan seperti pelakon".

Read More...
8:12 PM

Artis Ini Bangga Dengan Kecantikannya


REMAJA sekarang bagaikan tak boleh ‘hidup’ tanpa facebook (fb) atau barangkali jika seseorang itu tiada akaun fb atau pun twitter akan dianggap ketinggalan zaman.

Akrab dan taksubnya remaja dengan fb mencetuskan situasi yang tidak baik sehingga ada yang sanggup lari dengan lelaki baru beberapa hari dikenali menerusi laman sosial itu.

Menerusi filem Sunti @ Facebook.com, James Lee menterjemahkan kegilaan remaja terhadap fb daripada suatu perkara perkara yang dianggap boleh mengisi kekosongan akan bertukar menjadi sesuatu amat menyeramkan jika teknologi itu disalah guna.

Sunti @ Facebook.com adalah filem arahan terbaru James selepas Histeria, Sini Ada Hantu, Tolong Awek Aku Pontianak dan filem Cina, The Collector.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Gombak baru-baru ini, James berkata, orang sekarang seperti tak boleh ‘hidup’ tanpa fb.

“Pelbagai perkara buruk terjadi juga kerana fb, perkenalan dengan lelaki yang tidak dikenali sehingga sanggup lari bersama dan ramai yang ditipu berjuta-juta ringgit angkara jatuh cinta menerusi perkenalan di fb.

“Lalu saya terjemahkan segala kejadian berlaku itu dalam bentuk menyeramkan kerana gejala berlaku dalam masyarakat hari ini amat menakutkan jika tidak dibendung,” katanya.

Semua pendukung watak utama dalam Sunti digalas pelakon muda seperti Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya).

“Golongan muda seperti merekalah yang selalu berhubung menerusi fb. Mereka dengan mudah menerima kenalan baru melalui fb tanpa menyelidik latar dirinya.

“Dulu banyak cerita seram dari Jepun dan Korea yang diganggu panggilan misteri di telefon, kali ini sesuai dengan perubahan zaman saya menggunakan fb.
Cabaran mengarah filem ini untuk menimbulkan situasi seram setiap kali kita mahu menggunakan fb selepas menonton filem ini nanti.

“Ada yang leka melayari fb sampai lewat malam sehingga lupa makan minum serta tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekelilingnya.

“Menariknya filem ini selain daripada jalan cerita yang dihasilkan penulis skrip, Shariza Mahmud ialah kesan khas. Dalam apa jua cerita seram, kesan khas dan muzik latar memainkan peranan penting untuk memberi mood pada filem.

“Cabaran lain saya perlu siapkan filem ini dalam masa 20 hari dan bagi melancarkan penggambaran, setiap pelakon mestilah memberikan komitmen terbaik untuk filem ini,” katanya.

Mangsa laman sosial

Diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK), Eksekutif Produser NSK, Shankar RS yang berasal dari Indonesia berkata dia sudah menerbitkan lebih 100 filem yang mana 99 peratus adalah filem seram.

“Di Indonesia penonton sukakan filem seram berbanding filem cinta dan sebagainya. Dalam setahun, saya hanya keluarkan satu filem cinta itu pun sambutannya tidak berapa bagus berbanding filem seram.

“Kepercayaan mereka terhadap unsur mistik sangat tinggi menyebabkan filem seram terus mendapat sambutan sehingga ke hari ini. Penonton di Malaysia juga masih meminati filem seram, bagaimanapun corak persembahan filem di sini diolah agar sesuai dengan budaya masyarakat di sini.

“Saya memahami sensitiviti masyarakat di sini. Filem seram pertama yang diterbitkan oleh NSK di sini adalah Paku yang baru saja selesai penggambarannya. Ceritanya diilhamkan oleh penulis skrip di Indonesia tetapi Shahriza Mahmud mengolahkannya semula,” katanya.

Antara filem seram popular terbitan Shankar di Indonesia, Rumah Pondok Indah, Hantu Jeruk Purut, Terowongan Casablanca, Malam Jumat Kliwon, Hantu Ambulance dan Kereta Hantu Manggarai.

NSK bertapak di Malaysia enam tahun lalu dengan menerbitkan drama dan
baru pada penghujung tahun ini, syarikat itu menerbitkan filem bermula dengan Paku, Sentuhan Malam Pertama (dalam pembikinan arahan Murali Abdullah) dan Seram. Shankar yang terpaksa berulang alik setiap minggu antara Indonesia dan Malaysia tidak bimbang kerana kenalan baiknya di sini, Arie Zahari menerusi syarikatnya Arie Production membantunya melancarkan urusan produksi di sini.

“NSK merancang untuk menghasilkan lima hingga tujuh filem pada 2013 dengan pelbagai genre termasuklah filem cinta dan komedi kerana saya lihat penonton Malaysia dapat menerima apa jua jenis filem asalkan ceritanya bagus.

“Industri filem Malaysia berkembang dengan baik kerana mendapat sokongan daripada kerajaan dan sebagai membalas jasa kerajaan Malaysia yang memberi laluan untuk saya berkarya di sini, saya bercadang mahu membawa artis negara ini berlakon di sana.

“Saya akan mengusahakan agar filem yang saya terbitkan di negara ini turut ditayangkan di Indonesia dan saya turut bawakan artis Indonesia muncul sebagai cameo dalam setiap filem saya yang dihasilkan di sini. Untuk filem Sunti @ Facebook.com, saya tampilkan Jenny Cotez yang banyak berlakon dalam filem saya di Indonesia,” katanya.

Secara ringkasnya, Sunti @ Facebook.com mengisahkan Ashiq, remaja playboy yang nakal dan dilahirkan dalam keluarga berada memberikannya kelebihan daripada segala segi.

Dia suka bertukar-tukar pasangan ‘online’ yang turut dibantu tiga lagi rakannya - Py, Adan dan Gel.

Saban hari tugas mereka adalah memancing seramai mungkin gadis melalui laman fb. Setiap pertemuan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa gadis yang kecewa dengan mereka kerana memutuskan hubungan selepas keluar beberapa kali.

Pada suatu hari kolej di mana Ashiq dan kawan-kawannya belajar menjadi gempar apabila berlaku kejadian pembunuhan tanpa diketahui puncanya. Semua yang mati seolah diganggu roh yang hidup dalam rangkaian sosial fb. Kejadian misteri itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ashiq dan rakan-rakannya.

Apakah puncanya dan siapakah Sunti Lara yang menjadi rakan fb mereka? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, nantikan tayangannya pada pertengahan 2013.

HMetro
Read More...
8:09 PM

Fouziah Gous Akan Berlakon 'Watak' Facebook

KUALA LUMPUR: “Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.

“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Read More...
8:06 PM

'Diramas' Semasa Melakonkan Adegan Ranjang

Pengakuan Pramugari - gambar hiasan.

Pramugari selau dituntut menjadi manusia paling peramah dan baik semasa sedang bertugas. Di senyuman manisnya, ada kisah dan rahsia yang mungkin anda belum tahu.

Antaranya pengakuannya ialah :

1. Apakah penumpang yang bermasalah akan dipindah ke kelas Bisnes?

Kami memindahkan penumpang ke kelas bisnes bukan semata-mata kerana bermasalah. Pada waktu itu, ada seorang penumpang yang kerap berpindah tempat duduk kerana asyik memberikan kerusinya kepada penumpang yang mempunyai pasangan atau berkeluarga. Ia tidak bermasalah sebenarnya tetapi kerana kebaikannya, kami memberikannya kerusi di tempat bisnes. Hal yang harus diingat, sentiasa berkelakuan baik.

2. Apa permintaan paling pelik yang pernah diminta oleh penumpang?

Bekas untuk meludah. Seorang wanita pernah meminta makanan yang lembut kerana tekaknya yang sedang terluka. Ia minta nasi, padahal di dalam menu ketika itu tiada nasi. Setlah diberi penjelasan, ia tetap meminta makanan-makanan lain yang tidak ada di dalam menu.

3. Adakah anda pernah tidur dengan kawan sekerja?

Ya. Kebanyakan dari kami tidur dengan kawan sekerja di pejabat perwakilan. Sangat sukar bagi kami setelah bekerja dengan penat, jadi kami biasanya akan mencari kawan untuk diajak berbincang sekaligus untuk tidur. Beberapa kawan kami ada yang obses ingin tidur dengan pilot atau senior.

4. Apa perkara terbaik menjadi seorang pramugari?

Tempat-tempat baru. Saya boleh mengunjungi semua tempat walaupun hanya sebentar. Saja juga berjumpa ramai orang dan mendapat banyak kenalan. Akhir sekali, saya boleh gila-gilaan tanpa khuatir kerana saya tahu, saya tidak akan berada terlalu lama di tempat tersebut.

5 Adakah anda hidup seperti orang yang normal? kerana pekerjaan ini seperti tidak boleh memberi hubungan yang mnyakinkan.

Ya, saya tahu. Mungkin ketika saya berumur 25 tahun. Sekarang saya berumur 22 tahun dan sangat mencintai pekerjaan saya. mungkin 3 tahun depan saya akan pulang ke kampung halaman dan mula mencari cinta sejati. Saya tidak pernah mendapat hubungan yang berkualiti selama di sini.

6. Berapa lama anda biasanya berada di setiap satu tempat.

Sekitar 24 - 72 jam.

7.Bagaimana caranya menyesuaikan diri dengan perbezaan tempat, suhu, cuaca, jam dan lain-lainnya dalam waktu yang singkat kerana anda terus terbang ke berbagai tempat pada setiap masa?

Anda tidak akan pernah boleh menyesuaikan diri. Pastikan anda tidak kekurangan air pada tubuh kerana ia adalah satu cara saya boleh sesuai dengan keadaan sekitar. Ketika terbang, biasanya saya akan minum air mineral sebanyak 1.5 liter. Istirehat ketika penat, pilih makanan yang tidak membuat anda mual dan tetap membuat anda bertenaga.

Read More...
8:04 PM

Info : 7 Pengakuan Pramugari

Disebalik gambar: Satu siaran akhbar palsu menjelaskan gambar pelik menerangkan beruang itu sebagai perjalanan dari Chengdu, Qiqi (kiri) dan Zhizhi, hidup.
Gambar Yang Menipu Seluruh Internet

Gambar panda yang menaiki pesawat dari China ke Amerika telah berjaya menipu ribuan orang. Tetapi kepada yang mempercayainya pasti tidak tahu bahawa panda ini tidak benar.

'Bila kamu lihat gambar ini, kamu pasti sedang melihat lelaki sedang duduk bersebelahan dengan panda yang besar. Tapi cuba teka, ia bukanlah patung. Ia memang adalah orang yang menyamar sebagai panda yang duduk di kelas pertama'.

Read More...
8:01 PM

2 Gambar Yang Menipu Seluruh Internet

Mendapat gelaran sebagai wanita terseksi adalah impian kebanyakan selebriti. Mereka seperti berlumba-lumba untuk tunjuk kebolehan dalam berlakon, bernyanyi, dan berpakaian. 

Baru-baru ini, Eastern Eye, sebuah surat khabar mingguan Inggeris, menerbitkan barisan artis terseksi Asia, termasuk beberapa nama selebriti Bollywood. Surat khabar ini dibuka pada tahun 1989 dan pertama kali diterbitkan oleh The Guardian

Siapakah artis India yang berjaya menerima anugerah World 's Sexiest Asian Woman? Ini adalah lapan artis Bollywood yang dinobatkan sebagai wanita terseksi Asia versi Eastern Eye, seperti dinyatakan dari Boldsky.


1. Priyanka Chopra

Pelakon seksi kelahiran 18 Julai 1982 ini merupakan salah satu artis India yang menerima anugerah World 's Sexiest Asian Woman dari Eastern Eye. Mantan Miss World tahun 2000 ini pertama kali memulakan debut dalam filem Tamil 2002 Thamizhan. Kemudian tahun berikutnya, ia juga terlibat dalam filem Bollywood The Hero: Love Story of a Spy. Beberapa filem popular yang berjaya dibintanginya adalah Mujhse Shaadi Karogi (2004), Krrish (2006) dan Don: The Chase Begins Again (2006).

2. Kareena Kapoor

Adik kandung artis cantik Karisma Kapoor ini menduduki tempat kedua di bawah Priyanka Chopra. Sosok KareenaƂ di belantika Bollywood memang tak asing lagi. Peranannya dalam pelbagai drama dan filem India telah mencuri banyak perhatian pencinta Bollywood. Kabhi Khushi Kabhie Gham merupakan salah satu filem yang paling berjaya dibintanginya kala itu.

Bahkan, filem melodrama tersebut terjual laris di pasaran luar negeri pada tahun 2001. Tak hanya itu. Aktingnya di 3 Idiots 2009 pun kembali melambungkan namanya sebagai pelakon berbakat India, setelah sempat menghilang selama beberapa waktu. Bulan Oktober lalu, Kareena menikahi kekasihnya yang telah dipacari sejak tahun 2007, Saif Ali Khan.

3. Katrina Kaif

Pelakon kelahiran Hong Kong, 16 Julai 1984, ini memulakan debutnya sebagai seorang model dan kemudian merambah ke dunai perfileman. Pada tahun 2009, Katrina sempat menerima anugerah yang sama sebagai wanita terseksi versi majalah FHM India. Kini, ia kembali menerima gelaran tersebut dari Eastern Eye. Katrina memulakan debut aktingnya pada tahun 2003 dengan membintangi filem Boom. Empat tahun berikutnya, ia meraih sukses selepas berlakon dalam filem Partner (2007) dan Race (2007).

4. Deepika Padukone

Deepika adalah seorang pelakon India yang juga dikenali sebagai model. Wanita kelahiran 5 Januari 1986 ini memulakan debut aktingnya lewat filem Om Shanti Om. Tak disangka, aktingnya kala itu berjaya membuat dirinya menerima anugerah Filmfare Best Male Debut Award. Love Aaj Kal (2009) dan Housefull (2010) merupakan filem-filem berjaya yang pernah dibintanginya. Selain berlakon di layar kaca, Deepika juga merupakan duta dari tanda fashion terkemuka seperti Tissot, Sony Cybershot, Yamaha, Nescafe dan Kingfisher Airlines.

5. Bipasha Basu

Pelakon seksi yang lebih sering dipanggil Bips ini memulakan debutnya sebagai model yang berjaya. Kemudian tahun 2001, ia berjaya meraih anugerah Filmfare Award for Best Female Debut untuk peranan antagonisnya dalam filem Ajnabee. Setelah berjaya membintangi filem pertamanya, Bips mula berani berlakon dalam sebuah filem thriller erotis, Jism (2003). Pengakuan jujur ​​tentang kehidupan peribadinya dan keberaniannya berlakon erotis di layar kaca membuat Bips dianggap sebagai simbol seks Bollywood.

6. Sonam Kapoor

Pelakon kelahiran 9 Jun 1985 ini merupakan anak perempuan dari pelakon India Anil Kapoor. Sonam pun kini mengikuti jejak ayahnya terjun ke dunia lakonan. Ia memulakan debutnya pada tahun 2007 dengan beraksi bersama Ranbir Kapoor. Ia berjaya meraih kejayaan pertamanya selepas bermain dalam filem komedi I Hate Luv Storys (2010). Selain dikenal mahir dalam berlakon, Sonam ternyata juga popular sebagai seorang fashionista di India.

7. Diana Penty

Diana penty adalah seorang model dan pelakon India kelahiran 2 November 1985. Ia muncul untuk pertama kalinya dalam filem Homi Adajania s Cocktail yang dikeluarkan pada tahun 2012. Diana memulakan kerjayanya sebagai model untuk desainer Itali Trussadi and Ferre selama Indo-Itali Festival pada bulan September, 2005. Sejak itu, ia pun bekerja sama dengan beberapa desainer papan atas seperti Rina Dhaka, Rohit Bal dan Wendell Rodricks. Namanya kian melambung setelah menjadi duta jenama Maybelline, menggantikan Deepika Padukone.

8. Aiswarya Rai Bachchan

Pelakon yang telah dipersuntingkan oleh pelakon Abhishek Bachchan ini memulakan debutnya sebagai model, sebelum akhirnya terjun ke dunia lakonan. Aishwarya pernah memenangi beberapa pertandingan kecantikan Miss India dan Miss World pada tahun 1994. Kemudian ia pun meraih kejayaan dalam filem Jeans (1998). Hum Dil De Chuke Sanam (1999) dan Devdas (2002) memuluskan jalannya untuk meraih dua anugerah Best Actress awards at Filmfare sekaligus. Tahun ini, Aishwarya juga dilantik sebagai duta untuk UNAIDS (United Nations Programme on HIV / AIDS).

Merekalah yang masuk dalam daftar wanita terseksi Asia versi Eastern Eye. Adakah anda salah satu penggemar filem Bollywood? Siapakah artis kegemaran anda?

Read More...
7:57 PM

8 Pelakon Wanita Paling Comel di Bollywood


Sebuah syarikat di Jepun telah menghasilkan puppet manusia yang adalah menyeramkan. Klon manusia ini dipanggil 'Jihun-san'. Sesiapa yang ingin tempah klon manusia ini boleh hubungi syarikat tersebut dengan harga 138,000 yen. 

p/s: ada tak orang nak beli ni?


Read More...
9:53 AM

[5 Foto] : Klon Manusia Yang Seram di Jepun

Nah....ada sekor lagi gila mahu bunuh bapanya kalau Malaysia kalah match dengan Thailand malam tadi. Ternyata Malaysia kalah dan apakah kesudahan 2 beranak ini? Sape yang terbunuh?

Belum sempat match tamat, beliau telah padam status gila tersebut.
Namun, pihak My Channel lebih tangkas untuk menyimpan screenshot tersebut sebelum ianya dihapuskan oleh pemilik laman sosial twitter tersebut.

Dengan menggunakan nick Sam Drew, jom saksikan suntingan screenshot tersebut di bawah :


Read More...
9:49 AM

Remaja Nekad Bunuh Bapa Jika Malaysia Kalah


Her explanation here
Penulis hampir muntah bila tengok video di bawah ini. Amat menjijikkan!

Pada mulanya bila tengok 5 saat yang pertama okay lagi. Manusia siang ular untuk makan memang biasa lihat tapi bila part ular tu dihidangkan untuk makan, ia masih hidup dan bergerak, terus penulis rasa loya.

Mintak-mintaklah penulis tak ingat tentang video itu semasa makan nanti.

Video itu menunjukkan pertandingan siapa dapat masak dalam masa yang singkat dan memastikan binatang yang dimasak itu masih hidup semasa dihidangkan.

Oleh itu, mereka harus pantas menyiapkan hidangan untuk kekalkan nyawa ular dan ikan berkenaan.

Nampak gaya memang mereka ni seperti berpengalaman dalam bidang seperti itu, tak tahulah binatang apa lagi yang jadi mangsa tukang masak berkenaan.

Sebenarnya, banyak lagi pertandingan yang boleh dilakukan, tapi biasalah negara China ni memang suka lakukan perkara pelik-pelik.

Dah lah seksa binatang tu sebab dimasak dalam keadaan separa hidup, lepas tu kena makan pulak.

Macam-macalah!

Read More...
9:39 AM

[Video] : Hidangan Separa Masak, Meloyakan!

Info Artis

Info Fakta

Info Dunia

Info Seram

Info Lawak

Recent Posts