168 Permohonan Individu Untuk Murtad Diluluskan?

on 1:17 AM
Lihat video dibawah :


Astagfirullahalazim! banyak tu yang diluluskan untuk keluar dari Islam. Apa sebabnya mereka nie keluar dari Islam? Sedih rasanya bila admin tengok ramai yang nak murtad dekat Malaysia nie.

Menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam (Murtad) dari tahun 2000 hingga 2010 di Dewan Rakyat. Sejumlah 168 individu yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Apa yang admin terkejut sekali ialah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah iaitu sebanyak 238, di ikuti Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan Perak sebanyak 47 permohonan. Manakala, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah juga iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Bagaimana kita nak mengatasi masalah gejalah Murtad ini terus berleluasa dalam kalangan saudara kita? Ini semua datangnya dari diri kita juga. Kita sepatutnya bimbang dengan situasi seperti ini dan patut ditangani dengan cara yang betul.

Sumber rujukan: 

2 comments:

  1. once diorg apply nk murtad tu mmg dah keluar islam..

    Reply

Recent Posts