[5 Foto] : 20 Kanak-Kanak Mati di Tembak di US!

on Saturday, December 15, 2012
Lihat video dibawah :


IBU mangsa kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di Sandy Hook Elementary School, Connecticut menyalakan lilin bagi memperingati pemergian anaknya.


ORANG ramai berpelukan di luar gereja St Rose di sini, di mana semua mangsa ditempatkan. Seramai 20 kanak-kanak dan enam guru maut selepas seorang remaja lelaki menceroboh masuk sekolah berkenaan dan melepaskan tembakan.


PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan takziah terhadap mangsa tembakan di sebuah sekolah di Newtown, Connecticut.


IBU bapa meinggalkan Sandy Hook Elementary School bersama anaknya selepas kejadian tembakan rambang yang mengorbankan 20 kanak-kanak dan enam guru.NEWTOWN (Connecticut): Seorang remaja lelaki menembak mati 20 kanak-kanak dan enam guru selepas menceroboh masuk ke sebuah sekolah di bandar Connecticut, awal pagi tadi dengan menggunakan dua senjata api canggih.

Angka kematian itu adalah yang kedua terbesar membabitkan penggunaan senjata api yang terbaru di Amerika Syarikat.

Jurucakap Polis Connecticut, Lt Paul Vance, berkata daripada jumlah itu, 18 kanak-kanak ditembak mati di dalam sekolah Sandy Hook Elementary dan dua lagi meninggal dunia di hospital.

Enam dewasa ditembak di sekolah itu sebelum penembak terbabit turut terbunuh sama ada menembak diri sendiri atau terkena tembakan polis.

Media AS melaporkan, pengetua sekolah terbabit adalah antara yang terbunuh.

Beberapa jam selepas kejadian itu, polis masih kabur mengenai motif pembunuhan yang berlaku di Newtown, sebuah pekan kecil di timur laut New York itu.

Gebenor Connecticut, Dan Malloy hanya berkata: "Syaitan melawat komuniti itu hari ini."

Vance berkata, kebanyakan yang ditembak bermula jam 9 pagi yang di bahagian pertama sekolah itu membabitkan dua bilik darjah.

Beliau berkata, siasatan mendapati penembak mudah melakukan tembakan kerana ketika itu kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 10 tahun, terperangkap di dalam bilik.

Stesen televisyen NBC melaporkan, penembak yang terbunuh itu dikenali sebagai Adam Lanza yang berusia 20 tahun.

Media lain melaporkan, pembunuh mungkin menembak mati ibunya terlebih dulu sebelum memandu ke sekolah berkenaan. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts