Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan, Jangan Tertipu

on 12/14/2012
Lihat video dibawah :

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka. 


Kali pertama menyarungkan kaki dengan jenama New Balance. Belum pernah pakai lagi sebelum ni. Memang selesa dan rasa berbaloi untuk dijadikan belian.


Sebelum aku perasan ada ketidaksempurnaan pada kasut tersebut. Tersangat hampa bila perasan dua lubang paling atas kasut belah kiri tidak ditebuk seperti sepatutnya. Jadi, persoalan kenapa tali kasut sebelah kiri lebih panjang apabila diikat terjawab. Takpe, esok boleh bawak tukar dengan yang lain. 

Malang berganda sebab saiz yang sama sudah tiada. Aku cadangkan untuk dapatkan penggantinya dari cawangan lain yang tidak jauh dari lokasi kasut ini dibeli. Tak boleh! menjadi jawapan sebab memang begitu sistem yang diterapkan dalam semua rangkaian jualan Al-Ikhsan, katanya. Berkeras aku nak kasut macam tu jugak sebab memang dah berkenan sangat masa tu tapi apakan daya, muka tak hensem, ayat pun sudah tentu tak power. Rundingan berpihak kepada pihak penjual. 


Dipendekkan cerita, aku kena tukar kasut lain yang sama atau lebih tinggi harganya. Terpaksa angkat PUMA Usain Bolt walaupun kena tambah duit lagi. Keselesaan kasut ini bagi aku masih belum berjaya menandingi New Balance yang dibeli sebelum ni. Entah, tak rasmi pakai pun lagi walaupun dekat dua minggu dah beli. 

Sebelum perkara sama berulang, eloklah diteliti dulu kasut atau barangan lain yang hendak dibeli. Aku tak perasan cacat cela kasut tu sebab display yang aku cuba elok je. Silap aku gak tak cek perabis sebelum berangkat pulang. Nasib baik dekat dengan kediaman. Senang kerja...tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts