Syafiq Rahim Main Cinta Dengan Pengarah Muda?

on 12:20 AM
Lihat video dibawah :
Setiap kali melibatkan nama Nurul Ain Nordin pasti ada sahaja kontroversi yang akan terbeban pada empunya badan.


Dari isu gambar separuh bogel untuk poster Suatu Malam Kubur Berasap, hubungan cinta dengan Syamsul Yusuf dilokasi pengambaran dan terkini yang sampai ditelinga kami ialah kisah hubungan cintanya dengan pemain bola sepak Selangor & juga kebangsaan iaitu Syafiq Rahim pula.

Hubungan ini telah dapat dihidu oleh kedua-dua rakan mereka berdua lantas itu apa yang menarik perhatian kami ialah beberapa keping gambar mesra mereka berdua disebuah kelab telah disebarkan oleh orang yang dipercayai rapat dengan mereka.


Benarkan Syafiq Rahim dan juga Nurul Ain Nordin kini menjalin hubungan Cinta? Atau ini hanyalah satu lagi helah untuk meraih publisiti murahan? Nurul Ain yang pernah kami temui semasa Pra Tonton Suatu Malam Kubur Berasap cuba kami hubungi sebentar tadi untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungan cintanya dan juga penyebaran gambar mesra tersebut walaubagaimanapun gagal dihubungi.

Dari apa yang kami ketahui Safiq Rahim dan juga beberapa bintang bola sepak kebangsaan dikatakan terlibat dengan pengambaran filem Oh Mak Kau arahan Nurul Ain. Adakah hubungan ini terjalin di lokasi?

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts